SEJARAH LARI PECUT
Lari
pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga
yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah
perandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad
ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara
acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter.
Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini
acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 )
diadakan.
Pada
zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina
melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada
ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak
kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka
berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk
memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas
kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan
dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan,
sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan.
Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan
berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua
pihak.
Pada
tahun 1880an rama jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu
larian. Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet
berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan
dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun
1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start.
Sebelum
tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja,
pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di
Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama
dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan
catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod
pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928.
dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh
larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood
merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200
meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika
Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9.
Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya
mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968
dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat
masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di
bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9
saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya
mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.
PENGENALAN ACARA LARI PECUT
Lari
pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi
bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari
pecut ialah acara olahraga jarak dekat ( 100m, 200m, dan 400m ) yang
memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian
sepantas mungkin.. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah
menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka.
Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut .
a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.
b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut.
c)Tangan digerakkkan dengan pantas.
d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ).
Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian.
Untuk
berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran
dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan
yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari
yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua
faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor
kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan
kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan
keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak
langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti
semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter
hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang
menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang
FASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNIK LARIAN
Menurut pakar, fasa lari pecut boleh dibahagikan kepada yang berikut
i) Fasa permulaan
ii) Fasa larian
a) Fasa pecutan
b) Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
c) Fasa larian di selekoh
iii) Fasa penamat
Fasa Permulaan
Bukan semua atlit adalah sama dan dengan itu teknik permulaan adalah berbeza. Walaupun terdapat pelbagai variasi, namun pada amnya terdapat 3 cara :
a) Gaya Peluru(Bullet/Bunch/Kangaroo Start) b) Gaya sederhana(Medium Start) c)Gaya Panjang(Elongated Start)
i) Fasa permulaan
ii) Fasa larian
a) Fasa pecutan
b) Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
c) Fasa larian di selekoh
iii) Fasa penamat
Fasa Permulaan
Bukan semua atlit adalah sama dan dengan itu teknik permulaan adalah berbeza. Walaupun terdapat pelbagai variasi, namun pada amnya terdapat 3 cara :
a) Gaya Peluru(Bullet/Bunch/Kangaroo Start) b) Gaya sederhana(Medium Start) c)Gaya Panjang(Elongated Start)
Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan
1. Gaya peluru
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
b) hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
2. Gaya sederhana
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
3. Gaya panjang
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau 1.5 tapak.
b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
Memulakan Larian dengan Blok
Blok
permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat. Terdapat
banyak variasi yang dicadangkan oleh ramai jurulatih tetapi kita akan
melihat gaya yang dicadangkan oleh Mach, seorang atlit dan jurulatih
yang berwibawa(mengikut Payne, 1985)
Gaya larian melibatkan 3 gaya iaitu :
1. Gaya peluru
blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
2. Gaya sederhana
gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
3. Gaya panjang
- blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
1. Gaya peluru
blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
2. Gaya sederhana
gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
3. Gaya panjang
- blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Penempatan blok permulaan yang lebih tepat
Chis
Brook(1981) dalam bukunya bertajuk Womens hurdling:Novice to
Championship mengemukan satu cara penempatan blok yang lebuh tepat. Cara
ini melibatkan ukuran panjang kaki.
Nilai dicari
|
Cara mengira
|
Keputusan
|
Panjang kaki
|
Dari trochanter ke tanah
| |
Penempatan blok hadapan
|
Panjang Kaki ____ × 0.55
| |
Jarak antara blok
|
Panjang kaki ____ × 0.42
|
Contoh : Panjang kaki = 86 cm
Penempatan blok pertama = 86 × 0.55 = 47.3 cm ( a)
Jarak antara blok = 86 × 0.42 = 36.12 cm (b)
Penempatan blok di selekoh
Acara
larian 200 m dan 400 m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu
penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100 m.
Blok diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian
hadapan ditujukan ke garis dalam lorong supaya bahagian dalam blok
adalah tangent kepada garis dalam.
Teknik larian di selekoh
Fasa Permulaan dan Pecutan
Selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengmbil tempatnya di blok permulaan.
Kedudukan tangan
Selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengmbil tempatnya di blok permulaan.
Kedudukan tangan
Tangan
adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari
penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antaa
satu sama lain, diletak di belakang garis mula.
Kedudukan kepala dan leher
Kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan.
Kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan.
Pergerakan tangan dan kaki
Selepas
‘ bang’ atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan ( bukan ke atas )
dimulakan. Diikuti pergerakan kuat tangan dan kaki.
Tangan
yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan kehadapan.
Tangan lain digerakkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90
darjah.
Lutut
belakang digerakkan ke belakang dengan cepat dan pada tahap rendah.
Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam
jarak di antara 30-60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke
condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.
Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan
Fasa
pecutan berlaku di antara jarak 30 meter hingga 60 meter. Dalam acara
lari pecut, pecutan berlaku awal dalam larian. Sebenarnya 95% daripada
kelajuan maksimum dicapai pada kira- kira 18 meter. Apabila seseorang
atlit mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh
tahap daya tahan ototnya. Tambahan pula seseorang atlit tidak mungkin
boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak 14-18 meter, maka
apa yang diperlukan oleh atlit ialah mengekalkan kelajuan yang lebih
rendah dari kelajuan maksimum.
Teknik Larian di Selekoh
Pada
bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa ‘
centrifugal’.Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan atau untuk
mengimbangkan kuasa ‘centrifugal’, seorang pelari
seharusnya merendahkan badan kea rah dalam. Tangan kiri terus dihayun
lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.
Teknik Penamat
Faktor
yang paling pentinguntuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari
10 meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 mdan
210 m untuk 200 m.Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlit
untuk terus pecut untuk melewati garisan penamat. Cara yang paling baik
untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke
hadapan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3.9 mengangkat bahu ke atas
dan menarik tangan ke belakang.
ANSUR MAJU
Latihan Ansur Maju
v Latihan mendorong
1. Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan.
2. Berlari mengutip pundit saga/ kacang secara berganti- ganti dalam kumpulan.
3. Larian baying- baying : secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelakkan dirinya disentuh.
4. lari berganti- ganti ulang alik : larian 200 meter berkumpulan.
v Larian teknik pecut
1. Berlari dengan melangkah panjang.
2. Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut.
3. Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
4. Berlari skip dengan bahagian bawah kaki di luruskan.
5. Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
6. Berlari menyepak ke belakang.
7. Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.
8. Latihan pergerakan tangan; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung
v Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan
1. Melonjak untuk jarak
2. melangkah panjang ( bounding )
3. Melonjak dan melangkah melepasi halangan.
4. Melompat, memusing, mendekam dan memecut.
5. Berpasangan : berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.
Acara Larian (Pecut)
Acara 100 meter.
Acara 100 meter adalah dianggap sebagai acara untuk menentukan
manusia yang terpantas dalam sesuatu kejohanan atau negara atau wilayah,
malah di dunia secara tidak rasmi. Acara ini dianggap sebagai acara
yang paling istimewa dan diminati ramai terutamanya dikalangan peminat
sukan olahraga. Tidak hairanlah sesiapa yang mahu menceburi did dalam
bidang larian mi akan terlebili dahulu didedahkan dengan acara ini. Oleh
kerana masa yang diambil dalam acara ini terlalu singkat maka segala
aspek lariannya perlu diberikan perhatian oleh setiap pelari.
Boleh dikatakan seniua pelari 100 meter memberi tumpuan utama kepada
acara memulakan larian iaitu suatu aspek yang paling penting dalam acara
lari pecut. Pelari akan melonjak daripada blok permulaan sebaik sahaja
isyarat diberikan oleh pegawai pelepas. Kemudiannya pelari akan mula
memecut dan mengekalkan pecutan itu sehingga ke garisan penamat. Sebelum
berlepas pelari akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pegawai
pelepas untuk membunyikan pistol. Pelari juga harus bijak dan pantas
bertindak terhadap kemungkinan pelepas yang agak awal atau lewat
melepaskan tembakan pistol.
Peringkat dalam larian pecut biasanya bermula dengan pecutan atau
lonjakan daripada blok permulaan. Selepas itu barulah perrnulaan larian
pelari yang akan membawa kepada peningkatan dalam kelajuan sehingga
kelajuannya mencapai ke tingkat maksimum sehinggalah ke garisan penamat.
Peringkat mi biasanya terdapat dikalangan pelari yang sudah terlatih ,
manakala pelari baru lebih gemar mengekalkan kelajuan yang sama
sepanjang larian, kecuali dicabar oleh pelari lain. Walaupun pelari lain
juga boleh memberi larian, seseorang pelari seharusnya menumpukan
perhatian kepada lariannya sendiri, dan tidak mudah terpengaruh dengan
corak dan gaya larian lawan.
Acara 200 meter.
Oleh kerana dalam larian 100 meter pelari hanya berlari di lorong
atau dalam arah yang lurus dan awal hingga ke akhir perlumbaan, tidak
banyak taktik atau teknik Iarian diperlukan, berbanding dengan larian
200 meter atau 400 meter. Dalam acara 100 meter kepantasan, kekuatan dan
penumpuan adalah diperlukan daripada seseorang pelari. Tetapi dalam
acara 200 meter disamping harus mempunyai kekuatan dan kepantasan pelari
juga memerlukan pengawalan dan keseimbangan badan dan kemahiran berlari
di selekoh.
Permulaan acara 200 meter adalah hampir sama dengnan permulaan 100
meter kecuali kedudukan blok permulaan yang hams diletakkan pada sudut
90 darjah daripada garisan permulaan, dan bukan daripada garisan
lorongnya. Gaya. dekam sering digunakan dan dianggap sesuai untuk acara
ini
.
Umumnya larian 200 meter mempunyai empat fasa larian seperti berikut:
1. Permulaan yang dilakukan di garisan permulaan yang disediakan
khas untuk acara ini , dengan pelari yang berlari di lorong luar paling
luar kelihatan berada pada kedudukan yang paling hadapan, walaupun pad
hakikatnyajarak untuk semua pelari adalah sama.
2. Kemahiran berlari di selekoh harus ada pada setiap pelari 200
meter. Ketika melakukan pecutan di selekoh pelari cenderung
mencondongkan badannya ke dalam sehingga menyebabkan sudut kedudukan
tubuhnya dengan aras padang menjadi lebih kecil. Caranya ialah kaki
kanan disokong dan dibantu oleh kaki kin semasa mengambil selekoh. mi.
3. Selepas melepasi selekoh pelari akan berlan di lorong lurus pula
yang jaraknya lebih kurang 120 meter. Ini bermakna pelari perlu
mengimbangi semula badannya supaya keseimbangan tengah badan dapat
dipcrolehi. lni merupakan satu situasi yang sukar kerana gaya larian
terpaksa diubah. Di situ kaedah larian untuk 100 meter boleh digunakan,
walaupun kebanyakan pelari mula memperlahankan lariannya disebabkan
tidak dapat mengekalkan kelajuan yang tinggi sepanjang Iariannya.
4. Lorong lurus untuk 200 meter adalah bahagian yang rnemerlukan
kemantapan atau kekuatan mental yang tinggi. Sebaiknya pelari bendaklah
mengekalkan kelajuan lariannya supaya kepantasan tertinggi dicapai
sehingg ke gansan penamat. Cara menamatkan larian adalah sama seperti
acara 100 meter, iaitu dengan menghulurkan bahagian dada pelari ke
hadapan seboleh mungkin.
Acara 400 meter.
Mungkin ada dikalangan kita serta peminat sukan olahraga seluruhnya
beranggapan bahawa acara 400 meter tergolong dalam kumpulan larianjarak
sederhana dan bukan kategori larian pecut. Bagaimana pun sebenarnya
acara ml tergolong sebagai acara peout, walaupun mempunyai cara larian
yang tersendiri yang agak berlainan daripada acara 100 meter dan 200
meter.
Disebabkan jarak larian yang agak jauh pelari harus dapat merancang
lariannya dengan baik. Ini penting kerana tidak mungkin seorang pelari
dapat berlari pada kelajuan yang sama sepanjang jarak itu.Pelari harus
dapat mengawal penggunaan tenaganya supaya dia boleh dan mampu berlari
dengan kederasan yang optimum dan memecut pada jarak yang tertentu.
Dalam perlumbaan pelari juga harus dapat mengukur kekiuatannya
berbanding dengan pelari lam.
Bagi memudahkan larian kita bahagikan jarak 400 meter im kepada dua
peringkat iaitu 200 meter pertama dan 200 meter kedua. Pelari
harusmemperuntukkan masa yang wajar untuk sesuatu peringkat jarak mi,
misalnya 25 saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk jarak 200
meter yang kedua atau masa yang sama untuk setiap jarak 200 meter.
Perancangan masa begini adalah lebih baik dibandingkan dengan masa 30
saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk 200 meter kedua.
Biasanya seseorang pelari 400 meter akan cuba mendapatkan suatu
permulaan dan larian pada selokoh pertama dengan baik, larian yang
selesa pada lororig lurus yang pertama memngkatkan kelajuan pada selekoh
ke dua dan akhir, diikuti dengan meningkatkan kelajuan pada bahagian
lurus terakhir sehingga ke garisan penamat. Untuk acara ini pelari harus dapat mengekalkan lariannya walaupun dalam keadaan
tertekan, sama ada daripada pelari lain atau pun daripada penonton.
Sebagai kesimpulan, menggunakan strategi larian yang bersesuaian
terutama dalam acara pecut seperti 400 meter adalah perlu dan penting.
No comments:
Post a Comment