tmk

Monday, 30 January 2012

Pengalaman Pertama Mengakses Internet

YAHOO
Laman web yang pertama saya akses ialah laman web yahoo mail. Saya melayari laman web ini kerana ingin membuat akaun yahoo mail bagi memudahkan saya memohon pekerjaan. Ketika membuat akaun yahoo mail, saya perlu mengisi beberapa maklumat yang diperlukan seperti maklumat diri. Laman web ini membolehkan saya menghantar dan menerima pesanan dengan pantas tanpa perlu menggunakan cara manual seperti surat yang memerlukan jangka masa yang lama untuk sampai ke tangan penerima.Orang yang mengajar saya cara-cara membuat akaun yahoo mail dan melayari internet ialah guru komputer saya iaitu ketika saya mengikuti program latihan komputer.


inbox dalam yahoo mail
Melalui yahoo mail juga, saya dapat berhubung dengan kakak saya yang berada di Sweden dan rakan-rakan sama ada dari dalam atau luar negara.  Dengan cara ini, hubungan silaturahim antara kami menjadi erat dan tidak terputus hubungan walaupun tinggal berjauhan. Dengan adanya akaun yahoo mail ini, kos juga dapat dijimatkan kerana tidak perlu pergi ke pejabat pos,membeli setem serta sampul surat untuk mengepos surat apatah lagi jika ingin menghantar surat ke luar negara.
berita dalam yahoo
Selain daripada menghantar pesanan, saya juga membaca berita terkini melalui yahoo news. Oleh itu, saya tidak perlu mmebeli surat khabar. Malah, saya juga dapat mengetahui berita semasa sama ada berita dari dalam atau luar negara.



Rujukan (gambar) :
http://www.google.com.my/search?tbm=isch&hl=en&source=hp&q=print+screen+yahoo&btnG=Search+Images&gbv=2&biw=1356&bih=450&sei=f5QnT43mJcytrAe9wv2qAQ#hl=en&gbv=2&tbm=isch&sa=1&q=news+in+yahoo&oq=news+in+yahoo&aq=0S&aqi=g-S1g-mS5&aql=&gs_sm=c&gs_upl=316268l319479l2l321324l13l13l0l0l0l1l1024l8196l3-4.2.1.5.1l13l0&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_cp.,cf.osb&fp=669faea5e2468607&biw=1356&bih=450

No comments:

Post a Comment