tmk

Sunday, 15 January 2012

SEJARAH TEKNOLOGI MAKLUMAT

Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an .Bagaimanapun, konsepnya yang asas boleh dikesani jauh lebih lama lagi. Pada sepanjang abad ke 20 , pihak tentera telah berikat dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan elektronik, komputer dan teori maklumat
Berdasarkan sejarah : pihak tentera telah mendorong penyelidikan-penyelidikan tersebut dengan memotivasi dan membiayai inovasi dalam bidang penjenteraan dan pengkomputeran
Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC 1yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert danJohn Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Akhir deka d1970 an memperlihatkan kebangkitan mikrokomputer, diikuti dengan rapat olehkomputer peribadi IBM pada tahun 1981 Sejak dari masa itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan berupaya. Generasi pertama menggunakan tiub vakuum dengan generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor  dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar (VLSI).

Rujukan :  

No comments:

Post a Comment