Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan KomunikasiInformation and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi
yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat
luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah,
menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan
maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Komponen Teknologi Maklumat
Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk
memudahkan kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah Teknologi,
Organisasi dan Pengguna. Selain daripada itu terdapat juga tafsiran di
mana komponen utama teknologi maklumat ialah
komputer(perisian,maklumat,tatacara,manusia), rangkaian komunikasi dan
tahu-guna( know-how ). Ia boleh digambarkan seperti berikut:
Teknologi
Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU),
ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus
(mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan
dan penyimpanan maklumat.
Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian InternetPerisian.
seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet
Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana
ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna
komputer setiap hari. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang
pengkelasannya sila rujuk tajuk
Dari segi komersial dan pembangunan sistem, perisian komputer boleh dibahagian kepada dua iaitu:
- Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya, boleh didapati secara PERCUMA atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux, FreeBSD, dan OpenOffice.
- Perisian Komersial / Sumber Tertutup - Secara amnya, lesen menggunakan perisian perlu dibeli manakala kod sumber tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan Miscrosoft Office. Namun begitu , untuk mengimbang kebangkitan penggunaan perisian sumber terbuka, syarikat Microsoft telah melancarkan kempen yang dipanggil kongsi sumber (share source). Dengan konsep ini, pengguna komersial dan pihak kerajaan boleh 'melihat' kod sumber perisian Miscrosoft. Namun begitu, pengguna tidak dibenarkan untuk mengguna, menyunting atau mengubah kod sumber tersebut. Pengguna juga perlu menandatangani satu perjanjian untuk membolehkan mereka melihat kod sumber tersebut.
Sistem Telekomunikasi merupakan komponen yang amat penting
selepas perkakasan dan perisian. Ia merupakan rangkaian dan jambatan
yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi di
seluruh dunia seperti Internet, satelit, dan sistem telefon. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti:
- Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP, OSI dan SNA, dsb
- Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25, Frame Relay, 3G, SMS, MMS, Bluetooth, dsb
- Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga, Gentian Optik, Gelombang Mikro, Radio dan Satelit
Organisasi
Merupakan tempat dimana teknologi maklumat digunakan, ia mempengaruhi
pengurusan dan pemprosesan maklumat tersebut. Ia mungkin boleh dilihat
dari sudut pentadbiran organisasi yang membahagikan organisasi kepada
tiga bahagian iaitu peringkat operasi, taktikal dan strategik.
Rujukan :
Rujukan :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_maklumat

No comments:
Post a Comment