Maksud Internet
Secara amnya,
Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris;
inter-network) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (
packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan
Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan
internetworking.
Kemunculan Internet
Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai
ARPANET,
yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense
Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang
disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat
(decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket
(packet switching).
Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripada NCP
kepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini.
Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan
kebanyakan daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada.
Internet hari ini
Internet dikuatkuasa oleh perjanjian komersil dwi- atau berbilang pihak dan spesifikasi teknikal protokol yang menerangkan tentang pemindahan data antara rangkaian). Protokol-protokol ini disediakan berdasarkan perbincangan
Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet (
Internet Engineering Task Force - IETF) yang terbuka kepada umum. Badan ini mengeluarkan dokumen yang dikenali sebagai
RFC (
Request for Comments). Sebahagian daripada RFC dijadikan
piawaian Internet oleh Lembaga Rekabentuk Internet (
Internet Architecture Board - IAB). Protokol-protokol Internet yang sering digunakan adalah seperti
TCP/IP,
UDP,
DNS,
PPP,
SLIP,
ICMP,
POP3,
IMAP,
SMTP,
HTTP,
HTTPS,
SSH,
Telnet,
FTP,
LDAP dan
SSL.
Beberapa perkhidmatan popular di Internet yang menggunakan protokol di atas, ialah
e-mel,
Usenet, Newsgroup, perkongsian fail,
Jaringan Sejagat (WWW), Gopher, WAIS, finger,
IRC,
MUD, dan
MUSH.
Di antara semua ini, e-mel dan Jaringan Sejagat paling kerap digunakan,
dan lebih banyak perkhidmatan yang dibina berasaskannya, seperti
senarai mel dan blog. Internet memungkinkan adanya perkhidmatan
masa-sebenar seperti radio web dan siar web, yang boleh dicapai di
seluruh dunia.
Beberapa perkhidmatan Internet popular yang berdasarkan sistem proprietari ialah seperti IRC, ICQ, AIM, CDDB, Torrent dan Gnutella.
Sebuah pembekal maklumat Internet sejagat comScore melaporkan bahawa jumlah pengguna unik Internet mecapai aras 1 bilion pada Disember 2008. Mengikut perangkaan penyelidikannya, Asia-Pasifik mempunyai bilangan pengguna Internet paling ramai dengan 41 peratus, diikuti oleh
Eropah (28 peratus), Amerika Utara (18 peratus), Amerika Latin (7 peratus) dan akhir sekali Timur Tengah & Afrika (bersama 5 peratus). China menggungguli senarai mengikut negara dengan 17.8 peratus pelayar Internet sedunia.Mengikut senarai tapak web yang dilawati pula, Google berada di kedudukan teratas dengan 778 juta pelawat unik. Ini diikuti dengan Microsoft, Yahoo, AOL dan Wikipedia dengan projek kembarnya.
Capaian Internet
Negara dengan capaian internet yang terbaik termasuk
Korea Selatan (50% daripada penduduknya mempunyai capaian jalur lebar (Broadband), dan
Sweden. Terdapat dua bentuk capaian Internet yang umum, iaitu capaian dial-up, dan
jalur lebar.
Penggunaan Internet di tempat awam
Internet juga semakin banyak digunakan di tempat awam. Beberapa
tempat awam yang menyediakan perkhidmatan Internet termasuk
Perpustakaan, dan Internet Cafe (dikenali juga sebagai Cyber Cafe).
Terdapat juga tempat awam yang menyediakan pusat perkhidmatan
berinternet, seperti
Internet Kiosk, Terminal Capaian Awam (
Public Access Terminal), dan Telefon web.
Terdapat juga kedai atau restoran yang menyediakan capaian
Wi-Fi atau
Hotspot, seperti WiFi-cafe. Pengguna hanya perlu membawa
komputer riba (
notebook) atau
PDA, yang mempunyai kemampuan WiFi untuk capaian ke Internet.
Link ke wikipedia :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Internet